PROFIL

 SEJARAH
Peristiwa dua demonstrasi pelajar-pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia termasuk ITM pada akhir tahun 1975 merupakan titik permulaan penubuhan Unit Kesatria kerana peristiwa itu telah menyebabkan lebih kurang 200 pelajar telah disingkirkan dari ITM. Pihak ITM telah memandang serius hal tersebut. Bagi mereka, demonstrasi itu menunjukkan keperluan meningkatkan disiplin dikalangan pelajar-pelajar ITM. Unit Kesatria diwujudkan secara rasmi pada tahun 1976. Dan pada 1978, ianya dijadikan satu kokurikulum dan juga adalah salah satu subjek yang wajib lulus, kerana Majlis ITM tidak akan mengeluarkan diploma untuk pelajar yang gagal subjek tersebut. Pada 2 Oktober 2007 Unit Kesatria telah ditukarkan nama kepada Unit Kokurikulum di mana fungsinya telah berubah iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perlaksanaan latihan semua kursus kokurikulum.
MISI 

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika profesional.
 VISI

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

OBJEKTIF

  1.  Memenuhi hasrat Universiti dalam mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh supaya menjadi siswazah yang lebih matang.
  2. Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai aspek teori dan amalan terutamanya dari segi kepimpinan agar dapat melengkapkan pelajar menjadi pemimpin serba boleh dan berwawasan. Menggalakan pelajar agar sentiasa memiliki nilai-nilai murni seperti berdisiplin, dedikasi, berdikari, bermoral, bersyukur, bertanggungjawab bagi membentuk generasi masyarakat yang teguh dan bersatupadu.
  3. Menerapkan nilai-nilai kerohanian, patriotik dan keusahawan agar pelajar mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan Negara.
  4. Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa lapang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri, organisasi dan masyarakat.

  PIAGAM PELANGGAN

  1. Memberikan maklumat dan kefahaman yang jelas kepada pelanggan untuk pendaftaran kursus kokurikulum.
  2. Memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berhemah kepada pelanggan. 
  3. Menyediakan kemudahan tempat latihan/kuliah kokurikulum yang sesuai dan selesa.
  4. Menyediakan tenaga pengajar yang berilmu, berkemahiran dan berpengalaman. 
  5. Menyediakan kursus kokurikulum yang sesuai mengikut keperluan semasa. 

  CARTA ORGANISASI