Diringkaskan dari Buku Panduan Kursus KOKURIKULUM
Universiti Teknologi MARA
PENDAHULUAN
Panduan
Kursus Kokurikulum Universiti Teknologi Mara (UiTM) (Pindaan 2011) ini
disediakan dengan tujuan membantu para pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
dan mereka yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkenaan kursus
kokurikulum.
Panduan
Kursus Kokurikulum UiTM ( Pindaan 2011) ini terpakai bagi pelajar Diploma dan
Ijazah Sarjana Muda mod sepenuh masa termasuk Program Usahasama UiTM di
Kolej-Kolej Bersekutu.
TANGGUNGJAWAB PELAJAR
Pelajar perlu
menyempurnakan tanggungjawab berikut untuk membolehkan Universiti Memberikan
perkhidmatan yang cekap dan berkesan:-
1. Memahami,
menghayati mematuhi dan mengambil tindakan sewajarnya bersesuaian dengan segala
yang digariskan dalam Panduan Kursus Kokurikulum UiTM ini dan Peraturan
Akademik UiTM Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Pindaan 2011).
i. Menyempurnakan semua keperluan kokurikulum seperti
yang termaktub dalam kurikulum Program Pengajian yang ditetapkan oleh
Universiti.
ii. Membuat pendaftaran kursus kokurikulum dalam tempoh
yang ditetapkan.
iii.
Menghadiri kuliah/latihan kokurikulum yang ditetapkan
Universiti.
2. Mengambil
tindakan proaktif untuk mendapatkan panduan dan nasihat daripada pegawai di
pusat kokurikulum/Unit Kokurikulum, Jurulatih, Pensyarah, Penasihat Akademik
Pelajar, Ketua Program, staf pentadbiran dan pihak pengurusan
Fakulti/Pusat/Kampus Cawangan/Kolej Bersekutu sekiranya berhadapan dengan
sebarang bentuk permasalahan.
3. Mengambil
akauntabiliti sepenuhnya terhadap sebarang kesan ketidakpatuhan terhadap
peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.
PENGENALAN
Kursus-kursus
kokurikulum UiTM adalah kursus Universiti Berkredit telah diperkenalkan sejak
tahun 1976 bertujuan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan
berterusan serta mempunyai nilai tambahan bagi melahirkan graduan bersifat
holistik dan cemerlang dengan kebolehpasaran yang tinggi. Ianya juga selari
dengan agenda penting dasar pembangunan pelajar berteraskan kemahiran insaniah
oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)
KOKURIKULUM IALAH KURSUS
UNIVERSITI
Perenggan
1.4,1 Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4 Peraturan Akademik UiTM Program Diploma
dan Ijazah Sarjana Muda (Pindaan 2011) menjelaskan bahawa kursus kokurikulum
merupakan kurikulum pengajian yang dikategorikan sebagai Kursus Universiti yang
ditetapkan oleh Universiti bagi memenuhi salah satu syarat penganugerahan
Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
DEFINISI KOKURIKULUM
Kokurikulum
didefinisikan sebagai kursus Universiti yang dijalankan untuk memupuk Kemahiran
Insaniah pelajar seperti yang telah ditetapkan oleh Universiti bagi memenuhi
salah satu syarat penganugerahan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
KEMAHIRAN INSANIAH
Kemahiran
Insaniah ialah kemahiran generik yang perlu dipupuk dalam diri pelajar iaitu;-
i.
Komunikasi
ii.
Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
iii.
Kerja Berpasukan
iv.
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
v.
Keusahawanan
vi.
Moral dan Etika Profesional
vii.
Kepemimpinan
PENGURUSAN
KURSUS KOKURIKULUM UiTM
i. Pusat Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni UiTM bertanggungjawab dalam pengendalian kursus-kursus kokurikulum.
ii. Pusat Kokurikulum dibantu oleh Unit Kokurikulum Kampus Cawangan UiTM bagi pengecualian kursus kokurikulum di semua kampus UiTM.
ii. Pusat Kokurikulum dibantu oleh Unit Kokurikulum Kampus Cawangan UiTM bagi pengecualian kursus kokurikulum di semua kampus UiTM.
iii. Institut Perkembangan Pendidikan uiTM (IneD) dengan
bantuan Pusat Kokurikulum dan Unit Kokurikulum Kampus Cawangan
dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan kokurikulum di semua Kolej
Bersekutu.
LEMBAGA AKADEMIK
KOKURIKULUM UiTM
i. Lembaga Akademik Kokurikulum adalah badan yang
bertanggungjawab dalam hal ehwal
akademik kokurikulum Universiti termasuk di Kolej Bersekutu.
ii. Lembaga Akademik Kokurikulum ini ditubuhkan di bawah
peruntukan Akta 173 dengan fungsi dan tanggungjawab yang ditetapkan dengan
punca kuasa dari Lembaga Pengarah Universiti (LPU)
iii. Keanggotaan Lembaga Akademik Kokurikulum adalah terdiri daripada:
iii. Keanggotaan Lembaga Akademik Kokurikulum adalah terdiri daripada:
* Pengarah Pembangunan Akademik Bahagian Hal Ehwal
Akademik – Pengerusi
*
Pengarah Pembangunan Pelajar Bahagian Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni – Ahli
* Tiga (3) Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni) UiTM Kampus Cawangan – Ahli
*
Tiga (3) Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
– Ahli
* Pengarah Pusat Kokurikulum Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni – Ahli
* Pegawai Kokurikulum Kanan Pusat Kokurikulum Bahagian
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni – Ahli
* Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Kokurikulum, Bahagiam
Hal Ehwal Pelajar – Setiausaha
DASAR
PELAKSANAAN KURSUS KOKURIKULUM UiTM
1. Semua pelajar
UiTM sepenuh masa bagi pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dikehendaki
mendaftar dan wajib lulus kursus kokurikulum dalam tempoh pengajian.
2. Pengecualian
kredit boleh diberikan jika pelajar memenuhi kriteria dan syarat pengecualian
kredit seperti yang ditetapkan oleh Universiti. Sila rujuk perenggan 20.0 di
bawah.
3. Dasar
pelaksanaan kokurikulum ini terpakai bagi seluruh sistem UiTM termasuk di semua
Kolej Bersekutu.
4. Semua kursus
kokurikulum yang ditawarkan akan dinilai tahap pencapaian Kemahiran Insaniah pelajar.
5. Pencapaian
Kemahiran Insaniah pelajar akan dimuatkan dalam Sijil Tamat Kokurikulum.
PELAN PENGAJIAN DAN PILIHAN
KURSUS KOKURIKULUM UiTM
1. Semua kursus
kokurikulum UiTM dibahagikan mengikut Lapan Teras Kokurikulum yang ditetapkan
oleh Kementerian Pengajian Malaysia.
2. Lapan Teras
Kokurikulum berkenaan adalah seperti berikut:-
i.
Teras Keusahawanan
ii.
Teras Daya Usaha dan Inovasi
iii.
Teras Kesukarelawanan
iv.
Teras Kepemimpinan
v.
Teras Sukan
vi.
Teras Kebudayaan
vii.
Teras Khidmat Komuniti
viii.
Teras Pengucapan Awam
3. Semua pelajar
Program Diploma dan Ijazah sarjana Muda dikehendaki mendaftar dan wajib lulus
kursus Badan Beruniform pada
semester pertama mengikut garis panduan berikut:-
3.1 Pelajar yang memilih
Kesatria Negara 1 pada semester pertama:
* Bebas memilih mana-mana kursus kokurikulum seterusnya
pada semester kedua dan ketiga, atau
* Meneruskan kokurikulum dalam Kesatria di semester
kedua sehingga semester ketiga atau
* Meneruskan kokurikulum dalam Kesatria sebagai Komander
Kesatria di semester kedua sehingga semester keenam.
3.2 Pelajar yang
memilih kokurikulum Badan Beruniform Pertahanan Awam, Kadet Bomba, Badan
Pertolongan Cemas, Kesatria Kembara, dan Kesatria Brass Band dikehendaki
meneruskan kokurikulum yang sama pada semester kedua dan ketiga.
3.3 Pelajar yang
memilih kokurikulum Badan Beruniform seperti Sukarelawan Polis(SUKSIS), PALAPES
Darat, PALAPES Laut, PALAPES Udara dan Komander Kesatria dikehendaki meneruskan
kokurikulum yang sama pada semester dua (2) hingga ke semester enam (6) untuk
tujuan pentauliahan.
3.4 Jadual Pelan
Pengajian dan Pilihan Kursus Kokurikulum adalah seperti berikut:-
SENARAI LENGKAP KURSUS KOKURIKULUM UiTM
1. Sehingga kini
terdapat sebanyak 124 kursus kokurikulum berdaftar yang boleh ditawarkan kepada
para pelajar pada setiap semester yang
dibahagikan mengikut Lapan Teras Kokurikulum iaitu:-
1.1 Teras
Kepimpinan
Terdapat
26 kursus di bawah Teras Kepemimpinan yang ditawarkan di semester 1 hingga
semester 3. Kursus-kursus ini amat menitikberatkan disiplin, kepimpinan, nilai
dan etika profesional serta kerja berpasukan. Kokurikulum ini terbahagi kepada
18 kursus berbentuk Badan Beruniform (Kesatria Negara, PALAPES, dan SUKSIS) dan
8 kursus kepemimpinan umum.
1.2 Teras
Kesukarelawanan
Teras
Kesukarelawan menawarkan 9 kursus kokurikulum yang menjurus kepada Badan
Beruniform yang ditawarkan di semester 1 hingga semester 3. Tumpuan adalah
memupuk keberkesanan dalam berkomunikasi, kerja berpasukan, nilai dan etika
profesional serta kepemimpinan.
1.3 Teras Khidmat
Komuniti
Keseluruhannya
terdapat 6 kursus di bawah teras ini di semester 2 dan semester 3 dalam usaha
memupuk keperibadian pelajar dengan penekanan keberkesanan berkomunikasi, kerja
berpasukan, nilai dan etika profesional serta kepemimpinan.
1.4 Teras
Kebudayaan
Terdapat
16 kursus kokurikulum Kesenian dan Kebudayaan yang ditawarkan di semester 2 dan
semester 3. Pelajar didedahkan dengan kursus-kursus seperti seni mempertahanan
diri, tarian, muzik dan seni persembahan yang antaranya menitikberatkan kerja
berpasukan, komunikasi dan disiplin.
1.5 Teras Sukan
Pusat
Kokurikulum menyediakan sebanyak 50 kursus kokurikulum Sukan sebagai pilihan
pelajar di semester 2 dan semester 3. Pelbagai jenis kursus berbentuk sukan dan
kecergasan ditawarkan. Keberkesanan dalam kerja berpasukan, disiplin dan
komunikasi adalah antara ciri-ciri kemahiran insaniah yang diutamakan.
1.6 Teras
Keusahawanan
Terdapat
2 kursus yang ditawarkan yang memberi fokus khusus dalam bidang keusahawanan di
semester 2 dan semester 3. Kursus-kursus ini juga turut menitikberatkan
keberkesanan komunikasi, nilai dan etika profesional serta disiplin.
1.7 Teras
Pengucapan Awam
Sebagai
usaha untuk membentuk kemahiran berkomunikasi di samping kepemimpinan, nilai
dan etika profesional yang berkesan di kalangan pelajar, Pusat Kokurikulum
menawarkan 12 kursus untuk dipilih oleh para pelajar di semester 2 dan semester
3.
1.8 Teras Daya
Usaha dan Inovasi
Terdapat
3 kursus di bawah Kesatria Brass Band yang ditawarkan dari semester 1 hingga
semester 3. Kursus ini amat menitikberatkan kerja berpasukan, kepemimpinan,
disiplin dan kreativiti.
2. Kesemua
kursus yang ditawarkan oleh Pusat Kokurikulum sebahagiannya adalah dengan
sokongan pusat-pusat di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni seperti
Pusat Sukan, Pusat Kebudayaan, Pusat Kesihatan, Pusat Kerjaya dan Kaunseling,
dan Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam serta beberapa agensi luar seperti
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH),
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
3. Senarai
lengkap kursus kokurikulum adalah seperti di jadual berikut:
JAM KREDIT DAN JAM TEMU
- Setiap kursus kokurikulum adalah dengan beratan 1 jam kredit.
- Setiap kali kuliah / latihan kokurikulum adalah selama 2 jam pertemuan setiap minggu untuk tempoh 14 minggu bersamaan dengan 28 jam dalam satu semester.
JADUAL GRED MENGIKUT MARKAH
KURSUS KOKURIKULUM
KAEDAH PENILAIAN KURSUS KOKURIKULUM
- Penyampaian setiap kursus adalah melalui kaedah syarahan / kuliah, kerja kursus, latihan padang dan perbincangan.
- Penilaian kursus akan meliputi tugasan, kuiz, pembentangan, ujian dan Ujian Akhir Bertulis (untuk sebahagian kursus kokurikulum) dengan penekanan ilmu dan kemahiran insaniah. Keseluruhannya akan melibatkan penilaian berterusan dan tiada Peperiksaan Akhir dilaksanakan.
KEHADIRAN PELAJAR
- Pelajar diwajibkan menghadiri kuliah serta aktiviti pembelajaran seperti mana yang ditetapkan.
- Surat Amaran Ketidakhadiran 1 dan 2 akan diberikan kepada pelajar yang tidak hadir kali pertama dan kali kedua tanpa alasan munsabah. Untuk ketidakhadiran kali kedua, Lembaga Tatatertib Pelajar di Fakulti akan memanggil dan memberikan nasihat serta tindakan perlu.
PELAJAR SAKIT
- Jika seseorang pelajar itu sakit dan / atau tidak dapat menyertai aktiviti latihan yang memerlukan pergerakan fizikal seperti aktiviti lasak dan kawad, pelajar boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada aktiviti tersebut dengan syarat mengemukakan surat pengesahan daripada Hospital Kerajaan atau Pusat Kesihatan UiTM. Walau bagaimanapun, kehadiran pelajar adalah digalakkan.
- Pelajar yang bercuti sakit perlu mengemukakan Sijil Cuti Sakit hari Hospital Kerajaan atau Pusat kesihatan UiTM kepada Jurulatih masing-masing.
PENGECUALIAN KURSUS KOKURIKULUM BADAN BERUNIFORM KEPADA PELAJAR KURANG
UPAYA (OKU)
Mensyuarat
Senat UiTM ke-152 bertarikh 25 Mac 2011 telah memutuskan Pelajar Kurang Upaya
(OKU) tidak perlu menjalani kursus kokurikulum badan beruniform pada semester 1
tetapi perlu mengambil kursus kokurikulum yang lain mengikut pilihan mereka.
PERATURAN PENGECUALIAN LATIHAN
KOKURIKULUM
Pekeliling Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni Bil. 100- HEP (PKO. 6/5) bertarikh 15 Julai 2010
menetapkan:
- Aktiviti Fakulti yang boleh diberikan pengecualian hendaklah aktiviti yang terkandung dalam Kurikulum Pengajian yang diwajibkan kehadirannya.
- Aktiviti seperti Hari Kecemerlangan, Majlis Suaikenal, Aktiviti Persatuan, Karnival Sukan Fakulti, Hari Keluarga, Sukaneka dan sebagainya adalah dianggap aktiviti bukan Kurikulum Pengajian Akademik dan tidak boleh diluluskan.
- Permohonan pengecualian latihan kokurikulum hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Pusat Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan disertakan senarai nama pelajar.
- Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh pengecualian.
- Sekiranya pelejar tetap hadir ke aktiviti fakulti yang tidak dapat kelulusan pengecualian daripada Pusat Kokurikulum, maka pelajar dianggap tidak hadir ke latihan kokurikulum tanpa kebenaran.
PENDAFTARAN KURSUS KOKURIKULUM
Pendaftaran
kursus kokurikulum adalah secara atas talian (online) melalui gerbang i-Student
Portal. Sila ikuti langkah-langkah berikut:
KLIK i-Student Portal
PINDAAN PENDAFTARAN KURSUS KOKURIKULUM
Pindaan
terhadap pendaftaran kursus kokurikulum merangkumi:
- Pertukaran Kursus
Pelajar boleh
menambah / menukar kursus secara online
dengan mengikut prosedur yang ditetapkan ooleh Universiti. Proses ini boleh
dibuat dalam masa 14 hari dari tarikh mula kuliah. Sila ikuti proses seperti
mana rajah 1 di atas.
- Pengguguran Kursus
Pelajar boleh
menggugurkan kursus secara online
dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Universiti. Proses ini boleh
dibuat dalam masa 28 hari dari tarikh mula kuliah. Sila ikuti proses
sepertimana rajah 1 di atas.
PENGESAHAN (VALIDASI) PENDAFTARAN KURSUS KOKURIKULUM
- Pelajar dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran kursus (course validation) secara online dan mencetak salinan pendaftaran kursus dalam tempoh 14 hari selepas tarikh akhir pengguguran kursus. Sekiranya pelajar tidak membuat pengesahan, pendaftaran kursus tersebut dengan sendirinya dianggap sah dan muktamad.
- Bagi proses pengesahan secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut:
PENGECUALIAN KREDIT
Pengecualian
kredit ialah jumlah kredit yang dikecualikan kepada pelajar berdasarkan
pencapaian kursus kokurikulum dalam satu Program Pengajian / Program IPT yang
telah disempurnakan dan berstatus tamat sebelum mengikuti mana-mana program
bertaraf lebih tinggi / setara di UiTM.
- Kriteria Permohonan Pengecualian Kredit Yang Layak Dipertimbangkan
(Pekeliling
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik Bil 16/2007 bertarikh 31 Julai 2007
adalah dirujuk)
1.1 Pelajar UiTM/IPT yang telah gagal dan memasuki semula UiTM sama ada mengikuti program yang sama atau berlainan.
1.2 Pelajar UiTM
yang bertukar Mod Pengajian dari separuh masa ke sepenuh masa.
2. Prosedur Permohonan Pengecualian Kredit Kokurikulum
2. Prosedur Permohonan Pengecualian Kredit Kokurikulum
2.1 Permohonan
hendaklah dibuat dengan mengisi borang Permohonan Pengecualian Kredit yang
boleh diperolehi di Pusat Kokurikulum/Unit kokurikulum/fakulti.
2.2 Permohonan
pengecualian kredit hendaklah dipohon semasa pelajar berada di semester pertama
pengajian.
2.3 Permohonan
hendaklah dikemukakan di Pusat Kokurikulum / Unit Kokurikulum dalam tempoh 2
minggu daripada taarikh rasmi kuliah UiTM bermula.
2.4 Permohonan
pengecualian kredit mestilah dikemukakan dengan perkara berikut:
i.
Salinan Mini Transkrip/slip keputusan peperiksaan yang
tertera keputusan kursus kokurikulum yang telah diambil.
ii.
Salinan Surat Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) bagi pemohon kategori MPP.
iii.
Salinan Sijil Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
bagi kategori pemohon PLKN.
iv.
Surat pengesahan majikan bagi kategori pemohon
Kakitangan Kerajaan / Pegawai Pendidikan / Pegawai / Anggota Polis atau
Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
vi.
Dokumen – dokumen lain sebagai sokongan yang
berkaitan.
Semua salinan dokumen di atas hendaklah
disahkan terlebih dahulu.
PEMINDAHAN KREDIT
Pelajar boleh
memohon pemindahan kredit melalui 2 saluran iaitu Pemindahan Kredit antara IPT
dan Pemindahan Kredit Dalaman. Pelajar dinasihatkan mendapatkan maklumat
terkini dari Pusat / Unit Kokurikulum
atau fasiliti masing- masing.
SIJIL TAMAT KOKURIKULUM
- Setiap pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus kokurikulum akan dianugerahkan dengan Sijil Tamat Kokurikulum. Sijil ini mengandungi kursus- kursus kokurikulum yang telah diambil serta nilai gred yang diperolehi pelajar.
- Pelajar perlu membawa salinan keputusan peperiksaan (mengandungi ketiga- tiga kursus kokurikulum yang telah lulus) yang telah disahkan ke Pusat Kokurikulum atau Unit Kokurikulum Kampus Cawangan.